aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

5

tolong senyap. dengar aku. tolong dengar keluhan aku. tolong dengar apa yang diluahkan. tolong dengar,

aku dah letih dengan permainan dunia. permainan lelaki bertopengkan dajal-dajal jahanam. aku letih dengan perangai bangsat manusia hina. aku letih dengan diri sendiri.

aku letih dengan diri sendiri. aku muak lihat wajah sendiri pada pantulan cermin. aku muak dengan mainan kata untuk menyakinkan diri sendiri. aku benci dengan mereka yang pandang hina lagi kejam kepada jasad ku ini. 

kenapa? 
hina sangat kah aku? 
benci kalian pada aku bagaimana? 

ceritakanlah. 

tapi jangan cerita kepada orang lain akan aib seseorang. kelak aib sendiri yang terbuka.

4

kan tuhan telah tetapkan setiap rezeki untuk hambanya. kenapa kita perlu risau? tidak percayakah dengan tuhan mu? tidak percaya ke dengan kuasa-Nya?

jangan jadi encik kedekut wahai kedekut. bersedekahlah mana yang mampu, insyallah tuhan itu akan balas. cuma waktu dan masa je yang tidak boleh ditetapkan.

3

mulutnya yang dahulu sunyi kini kembali lancang. zahrah-zarah aktif yang terdapat di hujung jari-jemari kini giat menghentam papan kekunci. tapi, secara sahihnya, berat badan turun hari demi hari. oh, sungguh bullshit ini hari. 

ingin katakan bahawa kotak hati merindui blog bersawang ini. ingin katakan juga bahawasanya hati yang murni kian bercampur dengan perasaan tahi. 

tapi siapa kesah? keluahan dibalas tidak berguna. dibalasnya tahi unta. dibalasnya semua puaka dan celaka.

2


nak cakap sikit nih.

bilik aku dah kena cop nama tong sampah penuh. dah hampir kena cop tembok nak pecah. bilik kritikal ni. tahu saja lah dalam proses menghapuskan semua buku dan kertas.

1

hati ini dah berapa kali terima perasaan sakit,suka,duka dan cinta. tapi cinta hanya sekali, yang berjuta-juta kali hanya perasaan sakit dan duka. 

bila hati setiap hari pandang akan benda hitam, maka hati takkan kenal siapa itu putih? mungkin si hitam akan jadi alergi pada si putih. mungkin si hitam akan membenci si putih buat selamanya. 


dan kesudahannya, si hitam tiada cahaya.