aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

25

Bismillah. 

(Saya masih lagi dalam keadaan otak terputus saraf pemikiran)

Aku tak suka bila kau berlagak dengan duit yang kau ada. Yes, you can do anything with your money. Anything but, anything does't means everything. Jangan berlagak dengan apa yang ada sekarang. Yang sekarang-sekarang tak jamin untuk yang esok datang. 

Jangan ingat dengan duit menggunung semua peraturan kita boleh hentam. Kita boleh lanyak. Peraturan tetap peraturan. Jadi orang kaya ikut peraturan, rendah diri, tidak terlalu bangga dengan apa yang ada sekarang ni. Jadi begitu ye. Sebab org macam tu selalu saja dihormati. Almaklumlah..... Kaya (tersirat)

24

Untuk kamu yang bertitlekan perempuan atau gadis,
Sini, mari rapat
Sini, dekat erat

Aku mahu peluk kamu
Aku mahu ambil semua sakit kamu
Aku mahu hati hancur kamu
Aku mahu buang sedih kamu
Aku mahu lapkan titisan air matamu

Untuk kamu yang bertitlekan perempaun atau gadis,
Sini, dengar aku
Sini, pandang aku

Untuk setiap yang hancur kamu akan dapat zat nya
Untuk setiap yang luka kamu akan dapat ubatnya
Untuk setiap yang pergi kamu akan dapat penggantinya

Untuk kamu yang bertitlekan perempuan atau gadis,
Buang jauh-jauh ranap kamu
Pandang aku,
Aku sentiasa ada untuk kamu yang tak pernah jatuh dan bangun tanpa putus asa. 

23

Hey kamu,
Ya kamu yang sedang baca. 
Buat apa dekat sini?
Ada lesen ke menceroboh kat sini?
Apa penceroboh sudah makan?
Apa penceroboh sudah mandi?
Apa penceroboh sudah makan ubat?

Hey kamu,
Ya kamu yang sedang menceroboh hati aku?
Ilmu apa kau guna sampai aku gila kat kau?
Ah, tak payah pulang benda yang kau curi. 
Kau simpan elok-elok
Kau jaga elok-elok

Sebab aku taknak bagi hati aku kat orang lain. Jadi, lebih baik kau simpan hati itu. 

22

Aku sunyi.
Bosan. 

Harap je orang sekeliling aku ramai tak terkira. 

Ah aku rimas. 

Duduk dekat sini. Aku nak keluar. Aku nak cari aku. Aku nak cari kawan. Aku nak cari teman. Aku nak kawan selalu perhati bahasa mata aku. Tahu apa yang aku rasa. Aku nak itu. 

21

Bila mana kita rasa ramai sangat orang disekeliling kita lebih ratus bilangannya percayalah itu hanya buat kita rasa tersisih dan dilupai.