aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

24

Untuk kamu yang bertitlekan perempuan atau gadis,
Sini, mari rapat
Sini, dekat erat

Aku mahu peluk kamu
Aku mahu ambil semua sakit kamu
Aku mahu hati hancur kamu
Aku mahu buang sedih kamu
Aku mahu lapkan titisan air matamu

Untuk kamu yang bertitlekan perempaun atau gadis,
Sini, dengar aku
Sini, pandang aku

Untuk setiap yang hancur kamu akan dapat zat nya
Untuk setiap yang luka kamu akan dapat ubatnya
Untuk setiap yang pergi kamu akan dapat penggantinya

Untuk kamu yang bertitlekan perempuan atau gadis,
Buang jauh-jauh ranap kamu
Pandang aku,
Aku sentiasa ada untuk kamu yang tak pernah jatuh dan bangun tanpa putus asa. 

No comments: