aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

9

Tak tahu kenapa semenjak melepasi tahap Pujangga Maut Remaja ayat Bahasa Melayu aku semakin mundur dan semakin fasih untuk putar belit ayat Khafir. Nauzubillah. Rasanya dah lama tak main ayat dengan tahi hingga bahasa pun jadi basah. Dia langkah kaki kiri tak baca bismillah. Tak kira tahap mana celakanya semua dia redah. Kalau macam ni lah nafsu kau, boleh hitam legam masa depan kau.

Mulut kalau tak jaga memang habis kena bedal. Nafsu cakap lepas boleh buat muka rosak. Rima cerita nak panas tapi bila aku putar belit isi kau haprak. Meyibuk dalam cerita orang nombor satu aku bagi kat kau. Macam mak limah lah kau ni. Tak mengaku lidah selalu mengarut. Aku bagi bukti nanti kau terkejut.

Dah kata bayak kali. Sembang guna otak. Jangan tembak laju sangat. Lidah tu kalau bercabang kiri kanan boleh bawa kau ke liang lahad. Otak lembab nak maki semua orang. Apa kau fikir depa baghal macam kau? Jangan mulut kak,adik,abang. Ayat bodoh jangan kasi terbang kosong.

Konon nak sorok sentence bodoh kau. Jangan cuba ler, sekarang semua hujung jari. Aku sepak muka kau tak pasal senget nanti. Lebih baik jaga mulut sebelum hilang nanti ya. Disebabkan mulut puaka boleh hilang kerja,kerjaya,maruah. Nanti tak pasal-pasal kena gelak setan. Cakap gebang memang dalam diri kau. Tapi bila kiamat muncul baru cari kaki aku minta sorry. Oh sorry ler.

Belit lah lidah kau dari A sampai ke Z.


Kisah pulak aku.

8


Punca malas anak mu sudah dikenal pasti. Melahap makanan sudah lah pasti. Yang pasti berat badan semakin meninggi. Dan hobi anak mu sekarang ini membuat peta tanpa henti. Suatu hari nanti mungkin boleh buat kilang barangkali.

Sekian. Mari kita membuat peta dunia atau mati terus pun bolehhhhhhhh.

6

yang membenci,

pertama, aku tak ambil peduli dengan caci makimu.
kedua, kisah pulak aku.

kemanisan.



wahai cinta, boleh kau beri aku sedikit kemanisan untuk aku maniskan sedikit hati ini yang telah tawar?

tapi kenapa?

sebab hati aku telah tawar buat masa yang terlalu panjang. teringin juga rasa manis cinta.


kedekut.



aku lihat cik kedekut tiap hari berdoa agar dimurahkan rezeki. sedangkan dia susah untuk bersedekah atau apa pun. tidak ingatkah Allah telah menetapkan rezeki masing-masing?

apa?

 ingat sikit Tuhan itu Maha Adil.


definisi.

assalamualaikum tuan blogger bestari,
ini tempat gua hiasi,
sebarang tanda caci dan maki,
harap semua keluar sendiri.


gua menaip santap bercerita,
asal mula cerita sengsara,
lu baca benci dan hina,
setahun sudah gua mula bicara.


gua ini suka berperang,
dalam gelap keluarlah jembalang,
lu nak gadoh jom buka gelanggang,
sudah dibilang gua taiko garang.


semua habis diceritakan,
kisah hidup tidak dilindungkan,
berdarah mata kalian membacakan,
gua nak blaa mahu pergi makan.

jika berduka.

 aku tak sempurna, tapi aku tak dungu.

kan sudah dibilang setiap kesedihan yang melanda jasad atau roh pasti akan hadir pelanginya suatu hari nanti. pasti hadir walaupun dia lambat menjelma. dia pasti datang ke kita sebab allah dah mengaturkan hidup kita sebaik-baiknya. jadi bersabar..

jika ada sakit musibah yang menimpa jangan marah. bersabarlah kerana sakit itu penghapus dosa kamu. sakit itulah mahu membuktikan yang allah itu amat sayang akan kamu.

dan jangan lupa untuk senyum. senyum adalah penawar yang terbaik dikala kamu sedih. jika tidak sangup, menangis lah. menangis lah sepuasnya kerana itu akan meringankan beban mu. 

dan jangan lupa berdoa.
"inna lillahi wa inna ilaihi roji'un" - sesungguhnya kita milik tuhan, dan kepada tuhan jua lah kita kembali. frasa nya boleh dibaca didalam apa jua situasi. kebiasaanya orang menganggap frasa itu untuk si mati walhal kamu salah.

semua manusia berdosa termasuk aku. kita pendosa. kita tak lari dari dosa melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada allah swt kepada rasulullah saw.

oleh itu, jangan lari dari jalan yang benar. rujuk allah, rujuk rasulullah, rujuk al-quran. insyaallah, hidup diberkati.