aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

doa seorang hamba.

assalamualikum.

malam ni rasa rajin nak update blog.

ya Rabbani, pada malam yang mulia ini terlintas dihati untuk luahkan apa yang aku rasa di saat ini. apa yang aku inginkan di saat yang gersang ini.


ya Allah, ampunkan dosa ku, ampunkan dosa kedua ibu bapa aku dan keluarga ku. ampunkanlah juga umat-umat mu ya Allah. sesungguhnya Engkau maha pengampun. ya Allah, pelihara lah aku. angkat kan lah darjat ku ini. tutupkan lah aib-aib ku. kuatkan iman aku. bersihkan hati nurani aku. wujudkan lah rasa belas kasihan,ikhlas,jujur serta amanah dalam diri ini ya Allah.


ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya dan sebelumnya. maka, aturkan lah hidup ku ini dengan selamat. aturkan lah aku dengan seseorang yang boleh memimpin aku ke arah yang benar iaitu ke jalan Mu ya Allah. temukanlah kami apabila masanya sudah sampai. selamatkan lah aku daripada mainan lelaki duniawi ya Allah. sesungguhnya Engkaulah yang maha adil lagi saksama.


Tuhan ku, sesungguhnya aku sentiasa memuji-Mu. ringankanlah bibir ini untuk memuji-Mu ya Allah. bukakan lah pintu hati ini untuk segala perkara yang baik. tutupkanlah hijab ku ini dengan perkara mungkar dunia. sesungguhnya aku takut dengan perkara keji itu ya Allah.

sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui apa yang akan jadi esok hari. maka selamatkan lah aku dari dosa sebelumnya dan selepasnya. sesungguhnya kepada-Mu lah kami kembali :)

ada beberapa petikan doa ini aku baca selepas solat. 

No comments: