aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

jika berduka.

 aku tak sempurna, tapi aku tak dungu.

kan sudah dibilang setiap kesedihan yang melanda jasad atau roh pasti akan hadir pelanginya suatu hari nanti. pasti hadir walaupun dia lambat menjelma. dia pasti datang ke kita sebab allah dah mengaturkan hidup kita sebaik-baiknya. jadi bersabar..

jika ada sakit musibah yang menimpa jangan marah. bersabarlah kerana sakit itu penghapus dosa kamu. sakit itulah mahu membuktikan yang allah itu amat sayang akan kamu.

dan jangan lupa untuk senyum. senyum adalah penawar yang terbaik dikala kamu sedih. jika tidak sangup, menangis lah. menangis lah sepuasnya kerana itu akan meringankan beban mu. 

dan jangan lupa berdoa.
"inna lillahi wa inna ilaihi roji'un" - sesungguhnya kita milik tuhan, dan kepada tuhan jua lah kita kembali. frasa nya boleh dibaca didalam apa jua situasi. kebiasaanya orang menganggap frasa itu untuk si mati walhal kamu salah.

semua manusia berdosa termasuk aku. kita pendosa. kita tak lari dari dosa melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada allah swt kepada rasulullah saw.

oleh itu, jangan lari dari jalan yang benar. rujuk allah, rujuk rasulullah, rujuk al-quran. insyaallah, hidup diberkati.