aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

25

Bismillah. 

(Saya masih lagi dalam keadaan otak terputus saraf pemikiran)

Aku tak suka bila kau berlagak dengan duit yang kau ada. Yes, you can do anything with your money. Anything but, anything does't means everything. Jangan berlagak dengan apa yang ada sekarang. Yang sekarang-sekarang tak jamin untuk yang esok datang. 

Jangan ingat dengan duit menggunung semua peraturan kita boleh hentam. Kita boleh lanyak. Peraturan tetap peraturan. Jadi orang kaya ikut peraturan, rendah diri, tidak terlalu bangga dengan apa yang ada sekarang ni. Jadi begitu ye. Sebab org macam tu selalu saja dihormati. Almaklumlah..... Kaya (tersirat)

24

Untuk kamu yang bertitlekan perempuan atau gadis,
Sini, mari rapat
Sini, dekat erat

Aku mahu peluk kamu
Aku mahu ambil semua sakit kamu
Aku mahu hati hancur kamu
Aku mahu buang sedih kamu
Aku mahu lapkan titisan air matamu

Untuk kamu yang bertitlekan perempaun atau gadis,
Sini, dengar aku
Sini, pandang aku

Untuk setiap yang hancur kamu akan dapat zat nya
Untuk setiap yang luka kamu akan dapat ubatnya
Untuk setiap yang pergi kamu akan dapat penggantinya

Untuk kamu yang bertitlekan perempuan atau gadis,
Buang jauh-jauh ranap kamu
Pandang aku,
Aku sentiasa ada untuk kamu yang tak pernah jatuh dan bangun tanpa putus asa. 

23

Hey kamu,
Ya kamu yang sedang baca. 
Buat apa dekat sini?
Ada lesen ke menceroboh kat sini?
Apa penceroboh sudah makan?
Apa penceroboh sudah mandi?
Apa penceroboh sudah makan ubat?

Hey kamu,
Ya kamu yang sedang menceroboh hati aku?
Ilmu apa kau guna sampai aku gila kat kau?
Ah, tak payah pulang benda yang kau curi. 
Kau simpan elok-elok
Kau jaga elok-elok

Sebab aku taknak bagi hati aku kat orang lain. Jadi, lebih baik kau simpan hati itu. 

22

Aku sunyi.
Bosan. 

Harap je orang sekeliling aku ramai tak terkira. 

Ah aku rimas. 

Duduk dekat sini. Aku nak keluar. Aku nak cari aku. Aku nak cari kawan. Aku nak cari teman. Aku nak kawan selalu perhati bahasa mata aku. Tahu apa yang aku rasa. Aku nak itu. 

21

Bila mana kita rasa ramai sangat orang disekeliling kita lebih ratus bilangannya percayalah itu hanya buat kita rasa tersisih dan dilupai.

20

Apa kau ingat jadi pengkritik dah cukup buat kau puas?
Aku rasa kau salah.
Kau tonjolkan baghal kau depan orang.

19

"Syurga itu ibarat family saya. Tapi jalan menuju ke syurga itu insyaallah suami saya yang didik. Awak, terima kasih ingatkan saya mana baik buruknya walaupun suami saya tu tak tahu siapa lagi"

Semoga aku melengkapkan tulang rusuk kiri mu duhai sayang.

17

Mungkin disebabkan aku jarang update blog semua lupa aku. Aku bukan minta bila aku muncul, baru kau ingat aku. Baru kau kenang jasa aku. Bukan. Aku minta sepanjang masa kau ingat aku. Dalam doa pun aku bersyukur ya amat. Sebab sebaik-baik ingatan, dikatakan didalam doa sepanjang masa bila kau berhubung dengan tuhan.

Percayalah.

16

Aku buka buku baru.

Sila senyum semua.
Moga buku baru tidak dihimpunkan segala rasa tahi sekali lagi.

15

Aku tak faham dengan bangsat manusia. 
Dah diberi akal, masih juga bodoh. 
Dah diberi pelajaran, masih juga tinggi bangangnya. 

Kalau ya sekalipun kau tak sabar, jangan lepas nafsu kat perempuan. 
Kau ingat dengan ayat bangsat kau tu boleh buat perempuan cair;
Dihina,dimaki,dicaci,dikakikan lagi adalah. 

Bangang-bangang manusia dia tak lah bagi benda busuk, benda kotor. 
Kau bangang tahap kritikal dah.
Lagi aku cakap lagi kau busuk kan. 
Lagi kau loyakan.

Bangsat.

"Apa guna mak bapak kau hantar belajar tinggi-tinggi kalau hormat orang perkara halus macam kuman pun kau masinh lagi terkebil-kebil? Apa guna mak kau lahirkan kau kalau benda busuk je hobi kau? Apa guna ayah kau menyumbangkan sperm paling kuat, paling pandai, paling tinggi darjatnya sedangkan kau lemah, kau yang paling bodoh dan kau yang lacurkan darjat kau?"

 Apa guna?

14

Dalam hidup ni kena selalu bersedia ditinggalkan dan untuk ditinggalkan. 
Buat persediaan awal untuk hati,jantung,limpa,paru--
Supaya sakitnya tak parah mana.

13

(Tiup-tiup lama web ludahbelitlidah)

Dah bersawang rupanya. 3Bulan aku mati. 
Katakan selamat kembali. 


Kali ini aku lebih baik. 
Tak macam dulu. 
Perangai bangsat selalu merogol nafsu untuk berbuat jahat. 


Kali ini aku lebih peramah.
Tak macam dulu. 
Kejam sampai tak kasi kucing makan.


Kali ini aku lebih semangat.
Tak macam dulu. 
Bila sampai idea hujung jari semua mati disepak-sepakkan.


Semoga hargai niat baik aku.
Semoga hargai setiap aksara aku hari ini.

Sebab kau kan tahu aku ni pemalas. 
Jarang-jarang update hati eletronik yang boleh tayang kat orang ni.


12

Dan kadang-kadang kehidupan tak selalu memihak kepada kita. 

Masa juga. 
Nyawa juga. 
Harta juga.
Keluarga juga.
Makanan juga.
Minuman juga.
Kasut juga.
Pakaian juga.


Sahabat juga.























Ibu bapa juga.

Ibu bapa tidak akan sokong apa yang jijik buat kita. Percayalah. Apa yang ibu bapa buat untuk mu, mesti akan datang baiknya juga.


11

Rasa tenang bila menghentak papan kekunci pagi buta macam ni. Waktu manusia malaysia membuat peta dunia. Waktu manusia menternak lemak berkati-kati. Sangat lah khusyuk menghentak satu-satu huruf yang boleh menjadi sepotong ayat.

Agak berminggu juga tak bertanya khabar akan kekasih hai yang sudi mendengar tanpa sebarang complain atau caci dan maki. Dengarkan aku wahai sayang. Nak mengadu puas-puas hari ni.

Ada sorang adik yang ingin berdiri di tengah titik perpuluhan yang dicari ramai. Lebih dikenali sebagai populariti. Tak faham kenapa dia mengejar neraka. Atau neraka yang mengejar dia? Ada suatu kisah yang mengatakan dia guna nama dia untuk mencari titik tengah tersebut. Dia guna hasil kerja orang lain untuk dapat nama. 

Eh, adik terasa? Bagus.

Aku bukan apa. Aku nak kata satu je. Kau kalau nak berkawan biar ikhlas.

*Cerita agak tergantung.

10

Kejap gila dah masuk bulan dua belas. Aku belum puas dengan cuti.

9

Tak tahu kenapa semenjak melepasi tahap Pujangga Maut Remaja ayat Bahasa Melayu aku semakin mundur dan semakin fasih untuk putar belit ayat Khafir. Nauzubillah. Rasanya dah lama tak main ayat dengan tahi hingga bahasa pun jadi basah. Dia langkah kaki kiri tak baca bismillah. Tak kira tahap mana celakanya semua dia redah. Kalau macam ni lah nafsu kau, boleh hitam legam masa depan kau.

Mulut kalau tak jaga memang habis kena bedal. Nafsu cakap lepas boleh buat muka rosak. Rima cerita nak panas tapi bila aku putar belit isi kau haprak. Meyibuk dalam cerita orang nombor satu aku bagi kat kau. Macam mak limah lah kau ni. Tak mengaku lidah selalu mengarut. Aku bagi bukti nanti kau terkejut.

Dah kata bayak kali. Sembang guna otak. Jangan tembak laju sangat. Lidah tu kalau bercabang kiri kanan boleh bawa kau ke liang lahad. Otak lembab nak maki semua orang. Apa kau fikir depa baghal macam kau? Jangan mulut kak,adik,abang. Ayat bodoh jangan kasi terbang kosong.

Konon nak sorok sentence bodoh kau. Jangan cuba ler, sekarang semua hujung jari. Aku sepak muka kau tak pasal senget nanti. Lebih baik jaga mulut sebelum hilang nanti ya. Disebabkan mulut puaka boleh hilang kerja,kerjaya,maruah. Nanti tak pasal-pasal kena gelak setan. Cakap gebang memang dalam diri kau. Tapi bila kiamat muncul baru cari kaki aku minta sorry. Oh sorry ler.

Belit lah lidah kau dari A sampai ke Z.


Kisah pulak aku.

8


Punca malas anak mu sudah dikenal pasti. Melahap makanan sudah lah pasti. Yang pasti berat badan semakin meninggi. Dan hobi anak mu sekarang ini membuat peta tanpa henti. Suatu hari nanti mungkin boleh buat kilang barangkali.

Sekian. Mari kita membuat peta dunia atau mati terus pun bolehhhhhhhh.

6

yang membenci,

pertama, aku tak ambil peduli dengan caci makimu.
kedua, kisah pulak aku.

kemanisan.



wahai cinta, boleh kau beri aku sedikit kemanisan untuk aku maniskan sedikit hati ini yang telah tawar?

tapi kenapa?

sebab hati aku telah tawar buat masa yang terlalu panjang. teringin juga rasa manis cinta.


kedekut.



aku lihat cik kedekut tiap hari berdoa agar dimurahkan rezeki. sedangkan dia susah untuk bersedekah atau apa pun. tidak ingatkah Allah telah menetapkan rezeki masing-masing?

apa?

 ingat sikit Tuhan itu Maha Adil.