aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

permulaan.

nafas segar. hari segar. badan segar. jari segar. ini permulaan yang segar.

jijai. nama ala-ala lelaki kacak dan perempuan keliling pinggang. tapi aku perempuan, jangan salah angap.

secara terperincinya aku mengaku dalam diri yang jahil ini ada hormon jantan atau sifat kejantannya. jasad saja perempuan. perlakuan seperti lelaki.


darah muda. umur muda. aku muda. dah tak suka..

jijai kata sila bawa tetikus ke anak pangkah dah tekan. terima kasih.

ehem, testing.

hai.
aku masih di sini.
ingat lagi rupa aku? ingat lagi ayat aku?

ya, kini aku kembali. kembali buat hari ini saja. dan akan menghilangkan diri dalam 3 bulan yang seterusnya.

doa seorang hamba.

assalamualikum.

malam ni rasa rajin nak update blog.

ya Rabbani, pada malam yang mulia ini terlintas dihati untuk luahkan apa yang aku rasa di saat ini. apa yang aku inginkan di saat yang gersang ini.


ya Allah, ampunkan dosa ku, ampunkan dosa kedua ibu bapa aku dan keluarga ku. ampunkanlah juga umat-umat mu ya Allah. sesungguhnya Engkau maha pengampun. ya Allah, pelihara lah aku. angkat kan lah darjat ku ini. tutupkan lah aib-aib ku. kuatkan iman aku. bersihkan hati nurani aku. wujudkan lah rasa belas kasihan,ikhlas,jujur serta amanah dalam diri ini ya Allah.


ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya dan sebelumnya. maka, aturkan lah hidup ku ini dengan selamat. aturkan lah aku dengan seseorang yang boleh memimpin aku ke arah yang benar iaitu ke jalan Mu ya Allah. temukanlah kami apabila masanya sudah sampai. selamatkan lah aku daripada mainan lelaki duniawi ya Allah. sesungguhnya Engkaulah yang maha adil lagi saksama.


Tuhan ku, sesungguhnya aku sentiasa memuji-Mu. ringankanlah bibir ini untuk memuji-Mu ya Allah. bukakan lah pintu hati ini untuk segala perkara yang baik. tutupkanlah hijab ku ini dengan perkara mungkar dunia. sesungguhnya aku takut dengan perkara keji itu ya Allah.

sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui apa yang akan jadi esok hari. maka selamatkan lah aku dari dosa sebelumnya dan selepasnya. sesungguhnya kepada-Mu lah kami kembali :)

ada beberapa petikan doa ini aku baca selepas solat. 

Andai lelaki tahu.

Assalamualaikum. kalau kau lelaki sila ambil tahu hal ini sikit.

hai lelaki, tahukah kau semasa perempuan merajuk manja itu bermakna dia dahagakan kasih kau? manjaan kau? pujuk rayu kau?

tahukan kau lagi bahawa perempuan itu sensitif? Allah jadikan perempuan itu sensitif kerana ada ada perasaan yang jauh dilubuk hati mereka. percayalah.

perempuan itu memang bukan sempurna bagi kau. tapi Allah telah jadikan dia sesempurna seseorang yang hidup di dunia ini. kau patut ubah dia sehingga menjadi seorang muslimah yang unggul.

kau patut pimpin dia. kau harus buat itu sebab kau lelaki. kau ketua. jangan ambil tak kisah tentang perasaan perempuan.

bagi yang belum khawin tu kau sedar berapa dosa kau telah buat? pegang dia sana sini. peluk dia sana sini. kalau pegang babi kau boleh samak mana yang kena. kalau kau pegang perempuan? fikir sendiri.

ini bukan nak menjatuhkan maruah kau sebagai lelaki atau apa. cuma kau fikir sendiri. jikalau perempuan itu dengan sepenuh kerelaan memberi, meraba, sana sini, kau boleh cegah itu. kau harus pimpin perempuan itu.

jadi lelaki, kau fikir apa yang harus. apa yang patut dicegah.


p/s: perempuan pun sama gedik juga. kbye.


Hidup ini.

assalamualaikum. Allah sayang akan umatnya yang sabar dalam menghadapi ujian.

saya update blog saya dalam keadaan private. saya lebih suka macam gini. nanti bila sudah siap semua yang saya edit baru saya bukak kepada semua.

kadang-kadang saya tak tahu apa jantina yang saya ada. saya tahu saya perempuan. tapi saya lebih suka orang jangan nak jadikan saya perempuan sangat. sebab saya tak berminat. saya biasa. saya pakai jeans. saya pakai t-shirt jenama lelaki. corak lelaki. bunga-bunga memang jarang.

Aina ada cakap dia tak suka tengok rambut saya. sebab dia cakap dia takut tengok muka saya yang hensem ni. ramai yang cakap, "Kalau kau lelaki gerenti aku dah jatuh cinta" ehem. saya perempuan dah saya cuba yakinkan itu.