aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

1

hati ini dah berapa kali terima perasaan sakit,suka,duka dan cinta. tapi cinta hanya sekali, yang berjuta-juta kali hanya perasaan sakit dan duka. 

bila hati setiap hari pandang akan benda hitam, maka hati takkan kenal siapa itu putih? mungkin si hitam akan jadi alergi pada si putih. mungkin si hitam akan membenci si putih buat selamanya. 


dan kesudahannya, si hitam tiada cahaya.

jika berduka.

 aku tak sempurna, tapi aku tak dungu.

kan sudah dibilang setiap kesedihan yang melanda jasad atau roh pasti akan hadir pelanginya suatu hari nanti. pasti hadir walaupun dia lambat menjelma. dia pasti datang ke kita sebab allah dah mengaturkan hidup kita sebaik-baiknya. jadi bersabar..

jika ada sakit musibah yang menimpa jangan marah. bersabarlah kerana sakit itu penghapus dosa kamu. sakit itulah mahu membuktikan yang allah itu amat sayang akan kamu.

dan jangan lupa untuk senyum. senyum adalah penawar yang terbaik dikala kamu sedih. jika tidak sangup, menangis lah. menangis lah sepuasnya kerana itu akan meringankan beban mu. 

dan jangan lupa berdoa.
"inna lillahi wa inna ilaihi roji'un" - sesungguhnya kita milik tuhan, dan kepada tuhan jua lah kita kembali. frasa nya boleh dibaca didalam apa jua situasi. kebiasaanya orang menganggap frasa itu untuk si mati walhal kamu salah.

semua manusia berdosa termasuk aku. kita pendosa. kita tak lari dari dosa melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada allah swt kepada rasulullah saw.

oleh itu, jangan lari dari jalan yang benar. rujuk allah, rujuk rasulullah, rujuk al-quran. insyaallah, hidup diberkati.

permulaan.

nafas segar. hari segar. badan segar. jari segar. ini permulaan yang segar.

jijai. nama ala-ala lelaki kacak dan perempuan keliling pinggang. tapi aku perempuan, jangan salah angap.

secara terperincinya aku mengaku dalam diri yang jahil ini ada hormon jantan atau sifat kejantannya. jasad saja perempuan. perlakuan seperti lelaki.


darah muda. umur muda. aku muda. dah tak suka..

jijai kata sila bawa tetikus ke anak pangkah dah tekan. terima kasih.

ehem, testing.

hai.
aku masih di sini.
ingat lagi rupa aku? ingat lagi ayat aku?

ya, kini aku kembali. kembali buat hari ini saja. dan akan menghilangkan diri dalam 3 bulan yang seterusnya.

doa seorang hamba.

assalamualikum.

malam ni rasa rajin nak update blog.

ya Rabbani, pada malam yang mulia ini terlintas dihati untuk luahkan apa yang aku rasa di saat ini. apa yang aku inginkan di saat yang gersang ini.


ya Allah, ampunkan dosa ku, ampunkan dosa kedua ibu bapa aku dan keluarga ku. ampunkanlah juga umat-umat mu ya Allah. sesungguhnya Engkau maha pengampun. ya Allah, pelihara lah aku. angkat kan lah darjat ku ini. tutupkan lah aib-aib ku. kuatkan iman aku. bersihkan hati nurani aku. wujudkan lah rasa belas kasihan,ikhlas,jujur serta amanah dalam diri ini ya Allah.


ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya dan sebelumnya. maka, aturkan lah hidup ku ini dengan selamat. aturkan lah aku dengan seseorang yang boleh memimpin aku ke arah yang benar iaitu ke jalan Mu ya Allah. temukanlah kami apabila masanya sudah sampai. selamatkan lah aku daripada mainan lelaki duniawi ya Allah. sesungguhnya Engkaulah yang maha adil lagi saksama.


Tuhan ku, sesungguhnya aku sentiasa memuji-Mu. ringankanlah bibir ini untuk memuji-Mu ya Allah. bukakan lah pintu hati ini untuk segala perkara yang baik. tutupkanlah hijab ku ini dengan perkara mungkar dunia. sesungguhnya aku takut dengan perkara keji itu ya Allah.

sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui apa yang akan jadi esok hari. maka selamatkan lah aku dari dosa sebelumnya dan selepasnya. sesungguhnya kepada-Mu lah kami kembali :)

ada beberapa petikan doa ini aku baca selepas solat.