aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

Remaja celaka.

mulut kita memang petah bermainkan janji yang palsu. janji yang selalu kita cari. janji cinta. kau laung sekuat hati kau pada alam maya bahawa si dia milik kau. kau raba sepuas hati kau bila kau dapat dia.

 kau hancurkan dia,
 kau lunyaikan dia,
 kau buang dia,
 setelah kau dapat apa yang kau mahu.

"lelaki yang baik takkan menyentuh si hawa sesuka hati, kalau benar dia sayangkan kamu tentu dia sanjung tinggi maruah kamu duhai hawa"

biarlah sekarang kita hidup single,
biarlah sekarang kita hidup bersendirian tanpa kekasih untuk berkasih,
biarlah semua itu dalam kehidupan kita.

yang penting kita masih berpegang kuat pada tiang agama. nabi muhammad s.a.w dah tinggalkan kitab. al-quran namanya. selagi kita ingat cara bacanya selagi itu dia akan pimpin kita ke arah yang benar. jadi ingat 'AL-QURAN'