aku rasa jijik lihat tangan kotor ini. rasa mual tengok muka sendiri.
husnuzon

Andai lelaki tahu.

Assalamualaikum. kalau kau lelaki sila ambil tahu hal ini sikit.

hai lelaki, tahukah kau semasa perempuan merajuk manja itu bermakna dia dahagakan kasih kau? manjaan kau? pujuk rayu kau?

tahukan kau lagi bahawa perempuan itu sensitif? Allah jadikan perempuan itu sensitif kerana ada ada perasaan yang jauh dilubuk hati mereka. percayalah.

perempuan itu memang bukan sempurna bagi kau. tapi Allah telah jadikan dia sesempurna seseorang yang hidup di dunia ini. kau patut ubah dia sehingga menjadi seorang muslimah yang unggul.

kau patut pimpin dia. kau harus buat itu sebab kau lelaki. kau ketua. jangan ambil tak kisah tentang perasaan perempuan.

bagi yang belum khawin tu kau sedar berapa dosa kau telah buat? pegang dia sana sini. peluk dia sana sini. kalau pegang babi kau boleh samak mana yang kena. kalau kau pegang perempuan? fikir sendiri.

ini bukan nak menjatuhkan maruah kau sebagai lelaki atau apa. cuma kau fikir sendiri. jikalau perempuan itu dengan sepenuh kerelaan memberi, meraba, sana sini, kau boleh cegah itu. kau harus pimpin perempuan itu.

jadi lelaki, kau fikir apa yang harus. apa yang patut dicegah.


p/s: perempuan pun sama gedik juga. kbye.


Hidup ini.

assalamualaikum. Allah sayang akan umatnya yang sabar dalam menghadapi ujian.

saya update blog saya dalam keadaan private. saya lebih suka macam gini. nanti bila sudah siap semua yang saya edit baru saya bukak kepada semua.

kadang-kadang saya tak tahu apa jantina yang saya ada. saya tahu saya perempuan. tapi saya lebih suka orang jangan nak jadikan saya perempuan sangat. sebab saya tak berminat. saya biasa. saya pakai jeans. saya pakai t-shirt jenama lelaki. corak lelaki. bunga-bunga memang jarang.

Aina ada cakap dia tak suka tengok rambut saya. sebab dia cakap dia takut tengok muka saya yang hensem ni. ramai yang cakap, "Kalau kau lelaki gerenti aku dah jatuh cinta" ehem. saya perempuan dah saya cuba yakinkan itu.

Gadis fesyen.

dah cantik,
dah cun,
dah menawan,
kau pakai pakaian yang menutup seluruh tubuh badan mu.
tapi sayang, pakaian itu amat ketat sekali.

ketat sehingga dua gunung berapi hampir pecah di bahagian atas.
aku melihat gunung itu seperti tidak bernafas.

aku lihat gunung mu di bahagian bawah cantik bentuknya.
sudahlah besar, mantap pula.
*cis, celaka kau zie*

hahahahaha.

aku kisah apa? aku tulis apa yang aku nampak kebiasaan nya bila aku turun kl. gadis-gadis itu selalu menaikkan nafsu buaya jantan. mahu buaya tua atau muda. buaya itu sama saja. ada nafsu.

adik dan kakak sayang,
boleh kalau nak berfesyen,
tapi longgarkan sikit pakaian mu itu.
jangan buat tubuh badan mu seperti tidak bernafas,
seperti sudah mati.

Remaja celaka.

mulut kita memang petah bermainkan janji yang palsu. janji yang selalu kita cari. janji cinta. kau laung sekuat hati kau pada alam maya bahawa si dia milik kau. kau raba sepuas hati kau bila kau dapat dia.

 kau hancurkan dia,
 kau lunyaikan dia,
 kau buang dia,
 setelah kau dapat apa yang kau mahu.

"lelaki yang baik takkan menyentuh si hawa sesuka hati, kalau benar dia sayangkan kamu tentu dia sanjung tinggi maruah kamu duhai hawa"

biarlah sekarang kita hidup single,
biarlah sekarang kita hidup bersendirian tanpa kekasih untuk berkasih,
biarlah semua itu dalam kehidupan kita.

yang penting kita masih berpegang kuat pada tiang agama. nabi muhammad s.a.w dah tinggalkan kitab. al-quran namanya. selagi kita ingat cara bacanya selagi itu dia akan pimpin kita ke arah yang benar. jadi ingat 'AL-QURAN'

dan aku berhujah <---

hari pertama pada tahun dua kosong satu dua.


pagi tadi, selepas subuh aku lena semula di atas tilam keras aku. aku tak sedar. lama. sekali lagi aku bangun lewat. maaf. banyak kali sudah.

zohor dan asar sudah pun masuk. masa gini baru nak update. sejak ni emak kawal berokband. buat kerja dulu, dan dapatlah upah dia iaitu berukband.

hari baru, azam baru. aku baca timeline di twitter owh, dasyatnya ! semua sibuk dok kemukakan azam baru. semua sibuk dok tweet azam baru yang ingin dicapai. tapi, suatu hari nanti adakah kata kau itu akan menjadi kawan?

aku boleh lihat setiap hari dan tahun. bermula dari diri sendiri. azam tahun lepas tak pernah terbongkar. azam itu sering tersembunyi jauh di dalam lubuk hati ini. azam tahun lepas tak di duga.

"tahun ini aku mahu solat selepas masuk waktu. tidak boleh tangguh"
"tahun ini aku mahukan keputusan yang cemerlang bagi membuktikan siapa aku sebenarnya"

*niat tahun lepas di lanjutkan lagi pada tahun ini. ya, tahun 2012* sememangnya aku rindu 2011. sepenuh hati ini.

dimana seorang kawan telah terlajak kata dalam megemaskini muka bukunya/facebook. dan aku takkan terlupa apa itu erti sahabat duniawi. dimana hati seorang gadis ini telah tersangkut dengan bekas budak sekolah menengah agama tinggi. dimana semua permusuhan telah dileraikan.

ya Allah, aku dapat rasakan angin yang lalu tadi telah mengambil semua kenangan ku. manakah dibawanya? manakah ia akan pergi?

miranda kau.
hati kau.
jiwa kau.